This is the part of me....

Welcome to my blog.... This is where I share to you of what I think, what I feel, what I dream and what I want you to know about me....

Friday 27 July 2012

MANCHESTER UNITED DI HATIKU


Minat dengan MU sejak zaman David Beckham lagi. Tercetus dengan bola ni masa Piala Dunia lagi. Tapi lupa Piala Dunia tahun berapa. Yang pasti masa tu Brazil main. Minat giler dengan Ronaldo. Ronaldo dan Ronaldinho. Sampai ada jumpa orang yang bernama Ronaldo. Ronaldinho juga. Masa tu Messi Rooney Cristiano Ronaldo masih kecik-kecik. Sekarang Ronaldo, Ronaldinho legends. Eh, tak lupa my idol kat MU, Ryan Giggs!
Masih simpan lagi buku-buku yang ada gambar player-player MU. Hari itu nak buang, tapi sayang. Banyak gambar MU. Dulu rajin gunting gambar MU kat news. Sekarang main download jer dari internet. Bagi saya, Manchester United best in the world. Walaupun tak dapat title season 2011/2012, Manchester United tetap di hati. Masa Manchester City dapat title tu, memang frust giler. Rasa nak nangis jer. Sebab saya tengok match tu. MU habis awal, tak pasal-pasal MC dapat score last minute lawan QPR. Rasa macam nak hentak kepala kat dinding jer. Hari-hari saya seterusnya memang tak happy lagi la lepas MU kalah jumlah jaringan jer.
Sejarah saya minat MU ni panjang. Bukan sebab pengaruh media tempatan sahaja, malah pengaruh kawan-kawan. Masa masih bersekolah di SM Sains Kuching dulu, geng saya geng MU la. Dah jodoh. Walaupun dekat-dekat exam, masih boleh tanya kedudukan MU kat mana, TOP OF THE LEAGUE? Asang dan Mei minat MU. Dulu Asang ada gambar Cristiano Ronaldo.  Saya minta baik-baik kat dia gambar tu. Dia bagi la, kawan katakan. Lepas tu time dekat-dekat SPM, saya nampak payung MU kat suatu sudut. Masih basah, macam ada orang baru lepas pakai. Hari itu hujan. Saya tanya la kat budak-budak lam kelas siapa punya payung, sebab saya berkenan. Asang cakap, payung tu dia punya. Saya ingat nak ambil kalau orang tak punya. Hahahaha.. Terkejut gak suatu hari tu dia bagi payung tu kat saya. Payung MU tuh!
Sejak dari itu la payung tu jadi payung kegemaran. Sekarang payung tu dah rosak tapi keadaan masih elok. Payung tu sakit kat dalam. Sayang betul dengan payung MU. Akibat jatuh depan Jijan payung tu tak bermaya lagi. Payung MU jatuh depan fan Arsenal. Ergh!!!! Orang cakap kalau dah peminat tegar tu memang tak boleh nak patah balik. Outing hujung minggu, keluar RM50 dari bank pergi beli barang-barang MU kat Wisma Satok. Apa lagi, balik rumah benda tu jadi harta karun. Tak ada siapa yang tahu saya ada benda-benda MU. Bukan itu je, hujung minggu kalau dapat balik rumah mesti balik. Sebab apa? Sebab wajib tengok MU main. MU match tak boleh lepas la. Sanggup berjaga hingga ke tengah malam setakat nak tengok MU. Lepas habis match, MU menang, memang puas la. Rasa puas tengok MU lain dari rasa puas yang lain. Frust menonggeng kalau MU kalah. For sure la FRUST tengok match MU kalah lebih FRUST berbanding mana-mana FRUST di dunia. Perasaan FRUST  tengok MU kalah lebih nikmat. Tengok MU menang GEMBIRA DAN PUAS nya lebih nikmat. Tak ada yang rasa semua ni kecuali fan MU.
Kawan ada nasihat jangan tengok bola sangat. Nanti kalah MU, gantung diri. Hahahaha….. bagi saya, Manchester United salah satu sebab saya berjaya sampai ke tahap ini. Impian yang tinggi ingin ke Old Trafford. Nak jumpa Sir Alex Ferguson. Nak jumpa legends Manchester United. Ni semua sebab bola. Kawan-kawan lelaki saya memang MU fan. Certain je kawan-kawan perempuan minat MU. Minat Arsenal, Liverpool ada juga. Hahaha. Tak ada beza nya. Sama juga minat bola kan? Ni, saya guna pengaruh MU saya, saya cakap la MU ni best in the world. Saya berjaya bawa seorang fan masuk MUFC. Hahaha. KAU ADA? That’s what I call the POWER of FOOTBALL. Saya sendiri pun tak sangka boleh bawa seorang peminat masuk geng MU. We are United forever. Glory Glory Manchester United.
Bergenerasi minat MU ni. Kazen pun minat MU. Adik sepupu yang masih kecil lagi ada baju MU. MU ni bukan calang-calang kelab. MU memang dari azali lagi hebat kan? Sejarah hitam menimpa MU dulu tu memang menyayat hati. Bukan senang kelab tu nak bangkit semula. Sekarang mereka dah tunjuk kepada dunia, mereka (Manchester United) adalah terbaik di dunia. Menjadi salah seorang peminat Manchester United adalah sesuatu perkara yang terbaik yang terjadi dalam diri saya.
Berikut senarai pemain-pemain kegemaran saya:







Banyak yang tak tahu saya ni peminat Barcelona juga. Tapi Barcelona kelab yang saya minat di La Liga. Kenapa? Barcelona main tak sama dengan MU. Kelab La Liga main 5 bintang, standard. Sebab dan akibat Barcelona sering dibandingkan dengan Manchester United, saya curious dengan Barcelona ni. Buat research banyak-banyak, akhirnya FCBarcelona jadi team ke-2 selepas MU. Lionel Messi la sebenarnya buat hal dengan saya ni. Kalau tak ada Messi mustahil ada yang ke-2. Hahahaha. Apa-apa pun Manchester United tetap di hati. Dulu masa sekolah selalu gaduh dengan budak seorang ni. Ni peminat tegar FCBarcelona. Dia asyik compare MU dengan FCBarcelona. Telinga pun panas. Saya tak boleh nak berdebat dengan dia sebab saya pun fan Barca. Takkan la nak buruk-burukkan Barca. Barca pun team saya. Lastly dia terima hakikat yang saya ni peminat Manchester United. Dia berhenti cakap pasal MU sejak dia tahu saya ni secret admire FCBarcelona, tetapi bercinta dengan Manchester United. Kwang3. Apa la. Merapu!
Tak kisah la orang cakap MU apa belakang depan saya. Dah jenuh! Orang cemburu memang cakap macam tu. MU menang ke kalah tak ada pulak nak burukkan kelab lain. Kalau saya 2 3 kali dengar orang cakap buruk pasal MU tak apa, kalau banyak kali, muka orang tu pun saya tak nak pandang. Aisehmen! Tak ada la. Tak baik cakap benda tak betul, tuduh-tuduh. Berdamai la. It is just a GAME! Come on la!

                                                                TAMAT

No comments:

Post a Comment